Pages

Monday 16 January 2012

Aku Dan Dia (Bab 2)

                                            Bab 2


"Huh..." Itu, yang keluar dari mulut Izham Haiqal setelah papanya keluar dari biliknya sambil menghenyak punggungnya di kerusi empuknya.


Nur Aliya Balqis yang berada di situ dipandang seperti singa kelaparan. Dia meneliti lagi susuk tubuh Nur Aliya Balqis. Nur Aliya Balqis yang dari tadi menjadi tugu setia di dalam bilik bos barunya itu, kini menjadi tidak selesa apabila bos barunya itu, memendangnya seperti singa kelaparan. Gerun dia melihat keadaan bos barunya yang bengis itu.


Izham Haiqal tidak berhenti dari meneliti gaya setiausaha barunya itu. Baginya, setiausaha dia itu, ta la teruk sangat. Wajahnya kelihatan seperti pan asian. Tidak ada cacat celanya pada wajah setiausaha barunya itu. Cuma dari segi pakaiannya sahaja yang dia tidak berkenan. 'Huh...nak jadi wanita melayu yang terakhir ke apa? Ingat dengan pakai baju kurung tu, aku suka la dengan kau. Jangan harap...kolot.' getus Izham Haiqal sambil tersenyum sinis.


"Kau ni, memang tak reti nak berfesyen ke?" Akhirnya, kata itu la yang telah di luahkan oleh Izham Haiqal, yang memecahkan benteng kesunyian yang berlangsung selama lima belas minit tadi.


"Ah? Fesyen?  Berfesyen macam mana encik?" Tanya Nur Aliya Balqis.


Izham Haiqal memebalasnya dengan senyuman yang sinis. 'Dasar kolot.' Getus hati Izham Haiqal.


"Kau ni, old fashion, tau tak. Kau tak tau ke macam mana gaya pemakaian seorang setiausaha?" Tanya Izham Haiqal dengan gaya yang sombong.


Nur Aliya Balqis hanya mengangguk sahaja. Memang sewaktu di universiti dulu, dia diberitahu tentang gaya pemakaian seorang setiausaha. Tetapi, dia tidak mampu untuk membeli pakaian yang mahal-mahal itu. Apa yang dia ada, dia pakai sahaja. Baginya, selagi pakaian itu menutup aurat, selagi itu tidak ada masalah untuk dia memakai pakaian itu.


'Haih...kolot sangat ke kalau aku pakai baju kurung? Artis-artis pun ada jugak yang pakai baju kurung. Ana Raffali tu...pakai baju kurung jugak. Tapi, dia jadi popular je. Ramai je orang suka dia. Tak ada pulak yang cakap dia kolot. Kenapa aku yang orang biasa ni bila pakai baju kurung dikatakan kolot pulak.' Getus hati Nur Aliya Balqis.


"Habis tu, kalau kau dah tau macam mana gaya pemakaian seorang setiausaha, kenapa tak gayakan pakaian seorang setiausaha?" Tanya Izham Haiqal.


"Sebab saya tak biasa pakai pakaian macam tu. Lagipun, pakaian tu terlalu mengikut cutting badan dan ketat." Kata Nur Aliya Balqis.


"Huh...boleh tak kalau jangan nak perasan alim. Aku tak minat tau tak. Bagi aku, pakaian kau ni kolot. Tak menepati fesyen terkini langsung. Macam ni nak jadi setiausaha aku? Please la...just dreaming." Balas Izham Haiqal sambil ketawa sinis.


"Encik Izham. Saya tak kisah kalau Encik Izham nak kata saya ni kolot ke, tak menepati fesyen terkini ke. Apa yang penting, saya tidak mendedahkan aurat saya, dan tidak melanggar etika pakaian kerja. Setahu saya, tidak ada syarikat yang membuat peratuan, di mana pekerja tidak dibenarkan memakai baju kurung. Betul kan Encik Izham? Kata Nur Aliya Balqis.


Izham Haiqal terkedu mendengar jawapan yang diberikan oleh Nur Aliya Balqis. Dia tidak menyangka yang  Nur Aliya Balqis ini, berani bersuara dan berkata begitu kepadanya.


"Pandai kau bercakap ye. Yang tanggungnya nanti, ialah aku. Takkan la aku nak bawak kau yang kolot berfesyen ni, ke tempat-tempat glamour? Please..." Balas Izham Haiqal dengan kata-kata yang sinis.


"Encik Izham. Saya bekerja di sini, bukan untuk mengekori encik pergi ke tempat-tempat glamour. Tetapi, saya bekerja di sini, adalah untuk melakukan kerja saya sebagai setiausaha encik. Itu sahaja." Balas Nur Aliya Balqis dengan tegas. Bukan untuk bersikap kurang adab kepada bos barunya itu, tetapi untuk menyedarkan bos barunya itu.


Sekali lagi, Izham Haiqal terkedu dengan kata-kata Nur Aliya Balqis.


"Baik la. Aku suka dengan cara kau. Ok. Aku boleh terima kau sebagai setiausaha aku. Tetapi, jangan kau ingat aku suka sangat kau jadi setiausaha aku. Sekarang, kau boleh keluar, dan lakukan kerja kau." Kata Izham Haiqal.


Nur Aliya Balqis tersenyum dan bersyukur kerana bos barunya dapat menerimanya walaupun bos barunya itu tidak suka dengannya.


"Baiklah Encik Izham. Saya keluar dulu." Balas Nur Aliya Balqis sambil melangkah keluar dengan hati yang riang.




                                                                    ************




"Tok, tok, tok." Pintu bilik Nur Aliya Balqis diketuk.


Nur Aliya Balqis segera mengangkat mukanya untuk melihat siapa yang mengetuk biliknya.


"Oh....Kak Ida. Masuk la." Kata Nur Aliya Balqis sambil tersenyum.


"Macam mana tadi? Ok?" Tanya Farida.


"Hmmm...mula-mula tu, memang la angin dia kurang baik kak. Tapi, bila dah slow talk dengan dia, baru dia ok sikit." Kata Nur Aliya Balqis perlahan.


Farida berasa kasihan melihat Nur Aliya Balqis. Dia memang sudah masak benar dengan perangai anak teruna bosnya itu. Baran tak bertempat. Tentang anak bosnya itu, dia tidak kisah sangat. Apa yang dia risaukan sekarang ni, dia takut kalau Nur Aliya Balqis tidak dapat tahan dengan baran anak bosnya itu. Dari segi perwatakan, dia tahu bahawa Nur Aliya Balqis, seorang perempuan yang lemah-lembut dan berbudi bahasa.


"Liya tak ambil kisah sangat pasal perangai Encik Iz tu. Dia memang macam tu. Baran tak bertempat. Ok la. Akak masuk bilik akak dulu. Nanti kalau ada apa-apa, Liya tanya akak je." Kata Farida sambil tersenyum.


"Baiklah kak." Balas Nur Aliya Balqis sambil tersenyum juga.


Farida menuju ke biliknya. Setelah kelibat Farida hilang, Nur Aliya Balqis melihat sekitar biliknya.

2 comments:

  1. nice babe ! teruskan bekarya dengan indah : )

    ReplyDelete
  2. tq naja.....ko pnye lg awesome....ha10...sme2 la kite mnulis ye... :)

    ReplyDelete