Pages

Sunday 15 January 2012

Aku Dan Dia


SINOPSIS

Nur Aliya Balqis. Satu nama yang indah. Dia seorang gadis yang ceria, lemah-lembut, sopan-santun dan cantik. Walaupun hidupnya susah, dia tidak pernah mengeluh. Malah, dia sangat bersyukur kerana dapat melihat dunia sehingga hari ini. Dia dijaga oleh Mak Mah dan Pak Hashim, iaitu mak dan ayah angkatnya. Dia menyayangi mereka seperti mak dan ayah kandungnya sediri. Baginya, mereka ialah mak dan ayahnya. Kehidupan Nur Aliya Balqis berubah setelah mendapat tawaran bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat ternama . Namun, dia masih mengingati mak dan ayahnya serta adik-beradik angkatnya serta, tidak lupa untuk melakukan tanggungjawabnya sebagai anak sulung walaupun dia anak angkat.

Izham Haiqal. Seorang jejaka yang kacak, mempunyai jawatan yang tinggi, mempunyai kelulusan dari luar negara dan datang dari keluarga yang kaya-raya. Tetapi sayang, dia mensia-siakan apa yang dia miliki. Dia lebih suka berfoya-foya, sering pulang lewat, menghabiskan duitnya, untuk perempuan-perempuan di sekitarnya. Namun, kehadiran Nur Aliya Balqis telah merubah segala-galanya. Pada mulanya, memang sukar untuk dia menerima gadis itu. Tetapi, lama-kelamaan dia menyukai gadis itu. Dia sendiri tidak mengerti. kenapa dia boleh menyukai gadis itu.


Sedang mereka menyulam cinta bersama, sesuatu telah terjadi yang menyebabkan kisah silam Nur Aliya Balqis terbuka kembali. Di satu majlis, yang diadakan di rumah Izham Haiqal, telah membongkarkan siapa diri Nur Aliya Balqis yang sebenarnya. Namun, begitu banyak halangan untuk Nur Aliya Baqlis mengetahui diri dia yang sebenarnya.


Dapatkah Nur Aliya Balqis mengetahui tentang dirinya dan mengetahui  keluarga kandungnya? Dan, siapakah yang telah menyebabkan Nur Aliya Balqis berpisah dengan keluarganya? Semuanya akan terjawab di dalam novel Aku Dan Dia.... 






*kpd kwn2, jika novel nie ade kkurangan, sila la komen ye. saya msih bru dlm bidang penulisan nie. dan utk pengtahuan semua, ini novel kedua sya.  yg satu lg, still 'under construction'...he6. ape2 pn, hrp anda enjoi... :)



                                         

1 comment:

  1. oh...InsyaAllah kalau ada masa free sy bace ye kak.. :) heeee

    ReplyDelete