Pages

Sunday 15 January 2012

Aku Dan Dia (Bab 1)

Aku Dan Dia


                                          Bab 1


"Kring!!!!!"


"Pukul berapa nie?" Kata Nur Aliya Balqis sambil melihat jam loceng yang berbunyi.


"Oh...bru pkul 7.30." Kata Nur Aliya Balqis.


"Hah? 7.30?!!" Jerit Nur Aliya Balqis.


"Alamak! Dah lambat." Kata Nur Aliya Balqis sambil bergegas menuju ke bilik air.


"Kenapa la mak tak kejut kan aku? Dah la hari ni first day aku kerja. Habis la aku macam nie." Ngomel Nur Aliya Balqis.


Setelah bersiap ala kadar, Nur Aliya Balqis buru-buru menuju ke pintu.


"Eh! Nak pergi mana pulak tu Liya?" Tanya Mak Mah.


Nur Aliya Balqis yang baru sahaja hendak melangkah, terpaksa memberhentikan langkahnya setelah mendengar suara Mak Mah.


"Nak pergi kerja la mak. Kan hari ni, hari pertama Liya mula kerja. Takkan la mak dah lupa?" Kata Nur Aliya Balqis.


"Oh...ya tak ya. Kau mula kerja hari ni. Lupa pulak mak. Takkan tak sarapan dulu Liya. Nanti perut tu, masuk angin pulak." Kata Mak Mah.


"Tak boleh la mak. Liya dah lambat dah ni. Liya pergi dulu mak." Balas Nur Aliya Balqis sambil menyalami Mak Mah.


Nur Aliya Balqis segera menahan teksi setibanya dia perhentian bas. Nur Aliya Segera mengarahkan pakcik yang membawa teksi itu, menuju ke tempat kerjanya.


Selesai membayar tambang, dia segera menuju ke pejabat barunya itu.


"Fuh! Nasib baik sempat. Kalau macam ni la hari-hari, mahu pengsan aku." Kata Nur Aliya Balqis.
"Tok, tok, tok." Pintu biliknya diketuk.


Nur Aliya Balqis mengangkat mukanya dan kelihatan wajah Kak Farida di ditu.
"Liya." Kata Farida.


"Ye kak." Balas Nur Aliya Balqis sambil tersenyum.


"Hari ni, akak akan kenalkan Liya, dengan bos Liya. Kalau Liya nak tau, bos Liya ni anak kepada Tan Sri Iskandar. Bos besar kita. Akak harap, Liya boleh tahan dengan perangai anak bos ni. Dia ni, lain sikit. Lagi satu Liya, dia ni seorang yang panas baran." Kata Farida seperti mengingatkan Nur Aliya Balqis.


"InsyaAllah kak. Liya akan cuba bertahan dan akan menjalankan kerja Liya dengan baik." Balas Nur Aliya Balqis sambil tersenyum.


"Bagusla kalau macam tu. Mari, akak kenalkan Liya dengan bos Liya." Kata Farida.


"Baik kak." Kata Nur Aliya Balqis smabil mengekori Farida untuk pergi ke bilik bosnya.


Dalam dirinya sudah berdoa supaya bos barunya itu tidak bertukar menjadi singa jadian yang lapar pagi ini. Harap-harap jugak mood bos barunya itu elok.


"Tok, tok, tok." Pintu bilik diketuk.


"Masuk." Arah Izham Haiqal.


Mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik itu.


"Encik Izham. Ini, setiausaha Encik Izham yang baru." Kata Farida sambil menunjukkan Nur Aliya Balqis yang berada disebelahnya kepada Izham Haiqal.


Izham Haiqal segera mengangkat mukanye dan memandang ke arah setiausahanya yang baru. Dia meniliti setiausahanya yang baru itu. Nur Aliya Balqis yang bediri di situ hanya memandang bos barunya. Dia berasa tidak


"Siapa yang pilih dia ni? Tak ada orang lain ke? Kekampungan sangat la. Lain kali, cari la orang yang pandai bergaya dan seksi. Baru la sedap mata memandang. Hati pun senang je bila nak buat kerja. Kalau macam ni la, kepala yang berserabut, boleh bertambah serabut sebab tengok pakaian dia yang kolot ni." Kata Izham Haiqal dengan bongkak.


Nur Aliya Balqis yang dari tadi mendengar, menjadi sakit hati. Telinga yang mendengar ni pun sudah menjadi panas setelah mendengar kata-kata pedas dari Izham Haiqal.


"Papa tak suka kamu cakap macam tu Izham." Kata Tan Sri Iskandar yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik anak terunanya itu.


Izham Haiqal yang dari tadi dengan muka bongkaknya, kini bertukar menjadi wajah orang yang tidak cukup oksigen.


"Pa...bila papa sampai? Bukan papa kata tadi, papa tak datang pejabat ke?" Tanya Izham Haiqal gagap.




                                                                 ************




"Kenapa kalau papa datang ofis? Ni ofis papa. Suka hati papa la papa nak datang ke, tak nak datang ke. Yang kamu ni. Cantik betul bahasa yang kamu gunakan. Siapa yang ajar kamu guna bahasa macam tu? Kalau kamu nak tahu, setiausaha baru kamu ni, papa yang pilih. Kamu nak cakap apa sekarang? Nak marah papa? Izham...Izham. Bila la perangai kamu ni nak berubah. Tak habis-habis dengan perangai bonkak kamu tu." Kata Tan Sri Iskandar sambil meluahkan rasa kesalnya terhadap anak terunanya itu.


"Pa...Iz bukannya bongkak." Kata Izham Haiqal.


'Habis tu, kalau tak bongkak, apa? Riak? Sombong? Arrogant? Bukan tu semua sama ke? Ape la aku ni.' getus hati Nur Aliya Balqis.


"Habis tu, apa? Sombong? Meninggi diri? Riak?" Tanye Tan Sri Iskandar.


'Aik...ini kebetulan ke, atau bos besar aku ni memang ade kuasa psikik? Boleh pulak ayat dia tu, sama dengan aku. Cuma aku tak ada meninggi diri je. Bos besar aku tu pulak, cuma tak ada arrogant je.' getus Hati Nur Aliya Balqis. Sempat lagi di membuat perbandingan


Izham Haiqal sudah menarik muka empat belas dia. 'Apa la papa ni. Tak ada taste langsung. Budak yang kekampungan ni jugak yang papa minat. Bukan papa tak tau taste aku ni macam mana.' getus hati Izham Haiqal.


Kalau asyik nak ikut taste kamu je, alamatnye, lingkup la syarikat papa ni. Dah! Sekarang ni, sama ada kamu suka atau tak, ini setiausaha kamu. Jangan kamu berani-berani nak bantah cakap papa. Semua keputusan, terletak di tangan papa. Faham!" Kata Tan Sri Iskandar dengan suara yang tinggi.


"Baik la pa." Kata Izham Haiqal sambil dalam hatinya sumpah seranah dengan pilihan papanya.


Tan Sri Iskandar keluar dari bilik Izham Haiqal diikuti setiausahanya, Farida. 





No comments:

Post a Comment