Pages

Wednesday 8 February 2012

Aku Dan Dia (Bab 3)

                                            Bab 3


Kini, telah 4 bulan Nur Aliya Balqis bekerja di sayrikat ternama itu. Dan selama 4 bulan dia bekerja di syarikat ternama itu, selama itu juga la dia terpaksa melayan kerenah bosnya yang tak seberapa besar itu dengan hati yang terbuka. Setiap hari, ada sahaja benda yang tidak kena. Tetapi, Nur Aliya Balqis tahu, yang dia harus cekalkan hatinya. Dia harus betah bekerja di situ.


Sedang dia membuat kerjanya, interkom di telefonnya berbunyi menandakan panggilan dari bosnya itu.


"Masuk bilik saya." Arah Izham Haiqal melalui interkom itu.


"Baik bos." Balas Nur Aliya Balqis lalu segera menuju ke bilik bosnya itu.


"Tok, tok, tok." Pintu bilik Izham Haiqal diketuk.


"Masuk." Arah Izham Haiqal.


"Ya bos." Kata Nur Aliya Balqis.


"Hari ni, saya nak awak tolong saya untuk siapkan kertas kerja untuk esok. Kalau saya sorang yang buat, mungkin tak dapat nak siapkn on time." Kata Izham Haiqal.


"Errr...." Itu sahaja yang dapat diluahkan Nur Aliya Balqis.


"Ade apa-apa masalah ke?" Tanya Izham Haiqal sambil merenung tajan ke arah Nur Aliya Balqis.


"Err..tak...takde masalah bos." Balas Nur Aliya Balqis.


"Bagus. Awak boleh keluar sekarang." Balas Izham Haiqal.


"Baik bos." Balas Nur Aliya Balqis pula.


Nur Aliya Balqis segera menuju ke tempat duduknya. Izham Haiqal hanya memandang susuk tubuh Nur Aliya Balqis hingga hilang dari pandangan matanya.


"Huh....macam mana nie?" Keluh Nur Aliya Balqis.


"Baik aku bagi tahu mak. Nanti, takde la mak risau sangat." Kata Nur Aliya Balqis.


Nur Aliya Balqis segera mengangkat ganggang telefon lalu mendail nombor telefon rumahnya.


"Hello, Assalamualaikum." Terdengar suara di hujung talian menyahut.


"Waalaikummussalam. Abah. Ni Liya ni." Kata Nur Alioya Balqis.


"Oh, Liya. Ada apa Liya?" Tanya Pak Hasyim.


"Err...abah. Hari ni, Liya balik lewat sikit. Nanti abah tolong bagi tahu mak ye." Balas Nur Aliya Balqis.


"Oh, yelah. Nanti abah bagi tahu mak kamu. Jangan balik lewat sangat ye nak. Nanti, mak kamu tu macam cacing kepanasan pulak kat rumah sebab risau kan kamu." Pesan Pak Hasyim.


"Hehehe...yelah abah." Balas Nur Aliya Balqis sambil ketawa.


Dari jauh, ada sepasang mata yang melihat gelagatnya tanpa disedari oleh Nur Aliya Balqis.




                                                                       **************


"Alhamdulillah...siap jugak akhirnya." Ucap Nur Aliya Balqis.


"Hmmm..." Balas Izham Haiqal.


Dia menguakkan rambutnya ke belakang sambil membuat senaman ringan sedikit untuk merenggangkan saraf-saraf badannya yang tegang dari tadi.


"Err..." Luah Nur Aliya Balqis.


"Kau kenapa? Ada masalah ke?" Tanya Izham Haiqal.


"Err...bos. Boleh tak say...." Belum sempat Nur aliya Balqis hendak menghabiskan ayatnya, pintu bilik Izham Haiqal ditolak dengan kasar.


"Am!!! Kenapa u tak datang dinner kita tadi?" Tanya perempuan tersebut dengan kasar.


"I sibuk." Balas Izham Haiqal dengan selamba. Dalam hatinya dah mendidih menahan marah dengan gelagat perempuan itu.


Dengan segera perempuan tersebut memandang ke arah Nur Aliya Balqis. Dengan wajah yang bengis dia memandang Nur Aliya Balqis. Nur Aliya Balqis pula hanya menundukkan muka dia ke bawah sahaja. tidak berani untuk bertentangan mata  dengan perempuan itu.


"Kau!!! Mesti kau yang sengajakan buat semua ni. Kerja konon. Bukan aku tau yang kau sebenarnya syok dekat boyfriend aku nie kan. Dasar setiausaha gatal!!!" Katanya sambil jari telunjuknya didekat-dekatkan ke muka Nur Aliya Balqis.


Nur Aliya Balqis hanya menggeleng sahaja. Kemudiannya, baru dia bersuara.


"Maafkan saya cik Natasya. Saya bukan perempuan macam tu. Saya dengan encik Izham Haiqal memang ada kerja yang perlu diselesaikan. Encik Izham Haiqal mnyuruh saya membantunya untuk mnyiapkan kerja ini.


"Ah!!! Alasan semata-mata. Kau jangan ingat aku tak tau la

No comments:

Post a Comment